Sinopsis Hati Tercarik Luka

Rumah tangga Dani Zairie dengan Eyda Amanda bahagia dengan kurniaan seorang anak perempuan, Farra. Dani Zairie dan Eyda Amanda bagaikan lambang pasangan yang bahagia. Perkahwinan mereka berdua dijodohkan oleh Puan Safina, ibu kepada Dani.

Walaupun Eyda turut bekerja, dia tidak lupa tentang peranan dan tanggung jawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Eyda selalu alpa yang dia perlu dahulukan suami dan anaknya. Dani pula menjadi suami yang memahami dan turut ringan tulang untuk membantu melakukan kerja rumah.

Namun, Puan Safina sering masuk campur dalam rumah tangga anaknya sehingga merunsingkan Eyda. Puan Safina menganggap Eyda mahu menjadi ‘Queen Control’. Puan Safina turut memberikan tekanan kepada Eyda untuk mendapatkan anak lagi, khususnya cucu lelaki memandangkan Farra sudah pun berumur 5 tahun.

Tidak lama kemudian, Dani dan Eyda menerima khabar gembira apabila Eyda disahkan mengandung lagi. Puan Safina sungguh teruja dan mengharapkan kandungan kali ini ialah bayi lelaki. Pada masa yang sama, Eyda mula perasan Dani telah berubah tetapi Dani pandai berkata-kata untuk menenangkan Eyda. Eyda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani akan kekal selagi hayatnya. Namun, konflik mula membelenggu kehidupan mereka berdua dengan kehadiran Maya Maria.

Rupa-rupanya dalam diam, Dani ada hubungan sulit dengan pembantu peribadinya, Maya yang masih berstatus isteri kepada Mazli. Maya menagih kasih daripada Dani kerana Mazli bekerja berjauhan dan lebih pentingkan keluarga sendiri berbanding Maya. Demi memiliki Dani, Maya berani melawan dengan suaminya malah Maya sanggup menggunakan ilmu hitam untuk merampas Dani.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Mampukah Eyda Amanda menyelamatkan rumah tangganya?